Friday, February 8, 2008

YOGYA TRIP - DAY 1 PART 3

Di malam yang pertama, kami semua telah dijemput oleh pihak Sultan Yogyakarta untuk menikmati jamuan makan malam di Parawisata Restaurant. Dress code pada malam itu adalah Batik, so aku pun terpaksalah jugak cari sehelai walaupun aku memang tak minat dengan baju batik ni.

Makanan yang dihidangkan adalah makanan orang Jawa siap ada satu corner tu serve jamu lagi. Not badlah jugak makanan dia.

Me with my Batik





Makan sedap nampaknya


Antara tetamu malam tu


Penari Jawa


Posing sikit

Selepas makan malam, kami semua dijemput untuk menikmati persembahan tarian Ramayana di dalam pentas theater disebelah tampat makan tadi.

Ramayana Show




Habis je show tu, kita orang pun dhantar balik ke hotel masing-masing. Malam pertama yang agak meletihkan tapi best dan puas.

YOGYA TRIP - DAY1 PART 2


View from my balcony


My beautiful room


Taken from my room

Memandangkan delegates agak ramai, jadi kami semua terpaksa di separatekan into 3 hotels. As a Project Manager, aku dah buat research dah hotel mana yang aku minat dan aku sendiri memilih The Grand Mercure Hotel sebagai tempat penginapan aku.

The Grand Mercure Hotel merupakan sebuah hotel classic with colonial style yang baru sahaja direnovate. Walaupun facilities nya agak moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kolonial dan tradisional Jawanya. Yang membuatkan aku suka hotel ni sebab balcony dia yang begitu cantik dan swimmimng pool dia yang best bangat....teruja aku dibuatnya.


Nice pool




Colonial style

YOGYA TRIP - DAY 1


Photo session

Awal-awal lagi aku dah ada kat KLIA. Ditangan aku ada lebih kurang 55 tiket yang aku dah pre-check-in untuk memudahkan inaugural delegates aku. Dalam lebih kurang pukul 7.30am, boleh dikatakan semua delegates aku dah check-in dan diarahkan untuk terus ke holding gate G2 untuk send-of ceremony.


Seperti biasa, super big boss aku akan memberikan ucapan kata alu-aluan diatas kesemua penumpang untuk inaugural flight ini. Dalam trip ini, kita orang ada menjemput para-para media seperti RTM dan TV3 serta few other journalists dari local newspapers. Selepas ucapan, almost everybody was given an inaugural certificate untuk acara bersejarah ni.

Perjalanan ke Yogyakarta mengambil masa lebih kurang 2.5jam. Nasib baik cuaca agak ok dan tidak ada delay. Kami diberitahu pesawat AK hari sebelumnya terpaksa diarahkan mendarat di Solo disebabkan oleh cuaca yang buruk. Lebih kurang pukul 11.50am, pesawat pun selamat mendarat di Adisujipto Airport Yogyakarta. Ketibaan kami disambut dengan penuh tradisi dan teramat meriah. Tarian tradisional menyambut penumpang-penumpang yang tiba dan setiap seorang diberi sehelai kain batik sebagai tanda cenderahati.


Airport reception di Yogyakarta

Traditional Welcome Dance

Setelah urusan imigration dan bagasi diselesaikan (walaupun agak kelam kabut sikit), kesemua delegasi dibawa ke Rumah Makan Ayam Nyonya Suharti untuk jamuam makan tengahari. Hidangan yang diberi agak sedap cuma yang tak syok tu makanan abis tak direplenish.....dahla perut lapar......tak reti-reti dia orang ni nak kasi nasik dan lauk tambah??

Selepas makan, kami semua dibawak dengan 2 bas ke Hotel Mercure untuk acara Buyers Meet Sellers session.


Delegates busy tengah buat deal


Business baik ni..

Tuesday, February 5, 2008

LEPAS GERAM

Selesai sudah tugasan aku membawa segerombolan VIPs, media dan travel agents ke Yogyakarta. Peh!...Lega sangat aku rasa. Dalam seminggu yang lepas, memang aku bersengkang mata untuk melaksanakan tugasan ini. Sebagai Project Manager (macam crite Apprentice plak!) tugasan yang diberikan kepada aku agak berat. Segala urusan dari segi pengurusan tiket kapalterbang, program-program, sponsorship dan segala-galanya adalah atas bahu aku. Nasib baik aku mendapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi dari pegawai-pegawai kami di Indonesia. Thanks a lot to Bapak Dzul, Bapak Karim & Bapak Eynal diatas kerjasama tahap maksima yang diberikan kepada aku untuk menjamin perlaksanaan projek besar ini. Tak dilupa jugak untuk Bapak Jeffry (MHGSA Director) dan Bapak Tazbir (Director of Jogja Tourism) diatas urusan pengendalian di Jogjakarta yang menentukan segala-galanya berjalan seperti yang diharapkan.

Mengimbau kembali seminggu yang lepas semasa membuat persedian trip ini, tahap kesabaran aku memang ditahap 'tak tercapai dek akalku'. Semuanya gara-gara boss aku yang 'so perfectionist'. Semua itineraries must be in details dan not even a single loophole dibenarkan. Memandangkan aku di Malaysia dan our counterparts di Jogjakarta ni agak slow sikit maklumla di Jogja, internet penetration dia takle secanggih Malaysia, so banyakle input lambat sampai.

Nak memudahkan cerita, dalam masa membuat preparation tu, aku ni asyik kena seranah aja la. Sampaikan di satu tahap, I almost gave-up dan ndak je aku cakap kat boss aku tu, "Go to hell la" dengan project ni. Rakan-rakan seofis aku ramai yang bersimpati dengan permasalahan aku ini sebab dia orang memang tau aku ni terlalu committed dan I gave 101% seluruh jiwa ragaku demi menjamin keberjayaan project ini. Tapi, bila boss sendiri asyik menyeranah dan membebel 24jam dan terlalu mementingkan perkara remeh-temeh, tak ke macam sial namanye tu. Memang sial yang amat!!!

When you have something which is not under your control, I mean totally beyond your control, nothing much you can do. How hard I pushed them to provide me the info tapi kalau dia orang sendiri tak boleh nak providekan, so, apa yang aku boleh buat? Tapi bagi boss aku, that is not his problem and he keep saying, "Remember, coffee on the table at 3.00 0'clock?"

Honestly, aku agak bengang dan nyaris-nyaris tahap kesabaran aku meletup disebabkan karenah boss aku yang sorang ni. Bayangkan, dalam satu agenda tu dimana aku tulis , "Muslim delegates may perform Friday prayer at nearby mosque" dan dia boleh menujah aku dengan seribu macam persoalan such as " What is the name of the mosque, how far is it from the place etc which I think a bit too much la considering benda remeh temeh camni tak perlu diperbesar-besarkan. We have informed our tour leader about this dan semuanya akan ditake care kan.

To one extend, aku rasa aku dah berjauh hati nak participate dalam trip ni sebab as if dia tak appreciate perih jerih aku dalam melakukan sehgala preparation for this trip. Sometimes, aku pun tak paham. Is it purposely dia buat macam ni or apa?

Anyway, aku rasa lega sangat sebab aku telah melepaskan tahap kebengangan aku tu kat luar. Now, I am trying to cool down dan mintak-mintak cerewet sial dia tu tak berulang dalam 2-3 hari ni.

Mudah-mudahan......

Wednesday, January 23, 2008

NEXT TRIP TO...........?

Dalam seminggu ni, aku sibuk dengan preparation untuk ke satu destinasi. Sama seperti trip aku ke Macau ari tu, sekarang aku diberi tugasan yang agak sama cuma lokasi aja berlainan.

Kalau diikutkan, tugasan kali ini agak mencabar kerana ia melibatkan super bigg boss aku dan beberapa orang VIP. Maknanya, tak boleh lah nak enjoy sangat sebab kena take care dia orang ni.

Preparation tengah in progress sekarang dan hopefully by this Friday semuanya finalizedlah.

Aku tak sabar jugak sebenarnya walaupun tugas aku agak banyak kali ni. Mudah-mudahan everything okla.

Nanti kalau jadi mcm yang diplan, aku akan ambik gambar dan post kat sini.

Tuesday, January 15, 2008

BUSY YANG AMAT!

Sejak dua tiga minggu ni, aku langsung takda masa nak update blog ni. Too damn busy!!
Terlalu banyak project yang aku kena siapkan. Dan yang paling teruk sekali, semua deadlinenya dalam 3 bulan pertama ni.

Sekarang ni, aku sampai umah je dah dekat pukul 10.00malam. TV program favourite aku pun banyak yang aku dah terlepas. Hari Sabtu pun selalunya aku akan buat kerja kat umah. Kalau aku nak rest pun, Ahad la the only day. Pity me!!!

Life pun a bit dull sekarang ni....so nothing much yang aku nak updatekan.

Nantilah....kalau ada benda menarik, aku akan tulis balik.

Tuesday, January 1, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008



Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua. Since aku baru sahaja berpindah ke rumah baru aku kat Subang Jaya ni, so tahun ni jugak segerombolan family aku datang kesini untuk sama-sama meraikan tahun baru. Dari balcony aku ni jelas sesangat fireworks dari Sunway Pyramid. Cantik sangat bunga api buatan manusia ni. Seronok anak-anak sedara aku melihat free show nih. Tapi aku sesungguhnye tension yang amat sebab aku nye camera ada problem......time-time ni la plak. Hampeh betui!!!

Anyway, sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru semoga dilimpahkan lagi rezeki dan moga-moga hari mendatang yang baik-baik lah aje hendaknye.

Azam baru aku............AKU NAK JADI KAYA!!!