Monday, January 25, 2010

MARI BERKARAOKE - Part 1!!

video

Amacam kita karaoke jiwang kejap? Ada brani?.....lirik siap aku bagi kat bawah ni......

First time dengor....meremang bulu teman......power balad ni!!....

BERTEMU DIKALBU

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Pergh.....power lagu ni!!!!

Saturday, January 23, 2010

BALIK KL..........

Yezzza......esok aku balik KL dan minggu depan dah kena berkampung di Kelana Jaya sebab ada training seminggu.

Kesempatan ni jugak aku nak buat macam-macam benda.....nak renew roadtax dan insurance lah, nak renew lesen keretalah, nak bayar loan rumah lah, nak kena jumpa Mike hantar coach handbag dan lacquarware dialah, nak pergi epflah (kalau sempatlah), nak merendek ke pasar malamlah, segala macam aku nak buat dalam masa yang terhad kat KL nih......dan tak lupa.....aku nak gi makan makan ngan member-member aku!!

Minggu depan masa aku takda kat Saigon, ramai plak kawan-kawan datang.....Ziana/Axim/Nikli datang, Iza OSU dan rombongan Cik Kiah datang, Cik Wan Bursa dan awek2 5 orang nak datang (ruginya aku.....).....nak buat camana tetiba kena ke KL plak training.....kalau tak boleh gak jumpa dia orang nih!!

Anyway, tadi malam makan kat Halal@Saigon ngan Fauzi & wife dia (kawan Amril & Zana OSU) yang baru sampai petang tadi. Dia orang first time ke sini so aku kasi ceritalah sikit serba serbi apa nak buat kat Saigon nih........short trip je dia orang nih so mungkin tak banyaklah kot dapat nak buat activity. Aku recommend kan ke chu chi tunnel dan shopping kat bent than market jela....

So, yang lain-lain tu....mintak mahapla ya.....bukan taknak jumpa tapi dah terpaksa balik ke KL....inshallah tak jupa di Saigon....kita jumpa di KL nanti.....bila-bila berkesempatan.

Tuesday, January 19, 2010

MAGGI @ SAIGON


Ari ni masa lunch time....konpius....tak tau nak gi makan mana. Dah tak larat rasanya asik mengadap benda yang sama je.

So, aku decided balik apartment aku......ingat nak masak nasik....malas plak sebab time a bit limited....so akhirnya masak MAggi......ya Maggi tuan puan. Stock masih banyak dalam lemari tu.....so aku perangat kan dapur, jerang air dan kaboom........MAGGI PERASA AYAM pun masuk.

Kasik taruk bawang dan telur sikit so tadala rasa plain sesangat kan......

Sambil makan maggi sambil aku layan FB dan blog nih.....

Ermmmmm kenyang gak......dan sat ni nak balik opis sambung kerja balik.

Abis setengah hariku di Saigon untuk ari ni.

Monday, January 18, 2010

COTI RAYA CINA (TET HOLIDAYS) YANG PANJANG!!!


Masa TET Holiday nanti coti panjang kat sini. Akunya plan nak balik kampung jap dalam 2-3 ari dan lepas tu rasanya nak gi coti-coti.

Destinasi tak pasti lagik tapi kali ni dekat2 jela.....domestic ke ASEAN countries ke!!!

BALI macam best je dan aku memang suka kesana.......lagipun tak le mahal sangatkan?

Ermmmm.......... boleh bincang....boleh bincang!!!

NAK KE SAIGON????


Alo....ya tak mau datang....wa balik kampung mah!!!

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat.

Sayugia diingatkan bahawa sekiranya ada sapa-sapa yang berangan-angan nak ke Saigon Vietnam nih, samada atas niat dan berjalan-jalan ke, bershopping-shopping ke, berlibur-libur ke....ni aku nak bagitau sikit, tolong jangan datang dalam tarikh ni:-

DARI 13 FEB 2010 ke 21 FEB 2010

sebab apa....sebab masa nilah orang-orang Vietnam meraikan satu-satunya public holiday dia orang yang dipanggil:-

TET HOLIDAY aka Chinese New Year

Kalau korang datang jugak masa ni, alamatnya:-

a) Payahla korang nak bergerak sebab taxi mostly takda - semua balik kampung mah!!

b) Tak dapatlah korang nak abiskan duit sebab shopping place semua tutup especially
Bent Than Market yang tersohor itu. Alasan yang baik nak save duit!!!

c) Tak makanlah korang sebab kedai makan semua tutup - melainkan korang bawak
makanan dan rice cooker dan lauk-pauk segala. Tapi kalau nak makan kat 5 star
hotel dialu-alukanlah sebab dia orang memang tak tutup pun.

d) Aktiviti aktiviti riadah yang lain macam pergi massage ke, buat manicure pedicure
ke (murah giler dan awek plak tu lawa2), pergi cuci rambut dan facial (ni
aktiviti sekali ngan manicure/pedicure tu) dll.

e) Tak dapatlah korang nak merasa ke'jamm-an' Saigon yang amat hazab tu sebab
penunggang2 motorsikal takda berpeleseran kat bandar - semua balik kampung
lorrr!!!

Saja aku nak war-warkan kat sini sebab masa TET Holidays ni memang tak digalakkan datang....nanti korang tak merasa kemeriahan Saigon ni. Merasa rugi adalah....!!!

So, renung-renungkan dan selamat beramal.....xinchao!!!

Saturday, January 16, 2010

SEPINTAS LALU - BARCELONA AT NIGHT



Aku lupa plak nak tarok gambar2 yang aku amik kat Barcelona masa waktu malam. Bagi aku suasana disini agak menarik dan aku suka amik gambar waktu malam kat sini.






































Sesungguhnya bagi aku, Barcelona memang indah diwaktu malam!!!

RIZ - BERMULA SEMULA




Aku sekarang tengah layan album Riz AF6 - Bermula Semula. Aku tak pastilah bila album ni keluar tapi last week masa kat KL aku jumpa album ni kat kedai kaset di Subang Parade.

Pendapat aku secara peribadi, banyak lagu2 best dalam ni dan aku ni pun tak lah mat jiwang sangat pun tapi lagu-lagu macam Harusku Yang Pergi, Hanya Sandiwara, Bermula Semula, Kupinjam Satu Bintang (dulu duet ngan Alyah)dan Khilaf memang sedap halwa telinga aku dengar.

Suara Riz yang macho ni pun memang mantaplah tak macam sora budak2 sekolah macam Dafi, Tomok etc. Syok dengar lagu2 berkualiti dari artis baru tempatan dan semestinya aku memang peminat musik Melayu.

Tak rugi beli album Riz ni lagupun bukan mahalpun - bawah RM30 hengget je!

So, sokonglah muzik tempatan uollsss!!!!

THE REALITY OF KEHIDUPAN BARUKU!!


The Avalon - Nguyen Thi Minh Khai

Korang ingat tak satu post yang aku buat pasal 01NOV09 - Kehidupan baruku ari tu? Hahaha posting yang menimbulkan banyak gossip (artiskah?)dan speculasi dan agak drama gitu.

Hahahaha sebenornya saja je aku buat entry tu....saja nak create drama padahal takda benda pun. Ada yang teka aku ni dah menamatkan zaman bujang aku dan kahwin.....ermmm macam2 tekaan orang!

Oklah....sebenarnya entry tu pasal AKU PINDAH UMAH baru......hehehehe jangan marah ya. Yelah.....pindah umah baru kiranya kehidupan barulah kan?
Rumah lama aku kat Avalon tu aku terpaksa tinggalkan sebab sewanya yang agak melampau tinggi dan demi mengurangkan cost (kira cost cutting measure la nih), aku pun sanggup belah dari situ. Sepatutnya aku tinggal kat sana sampai bulan March 2010 tapi aku sacrificela sikit....keluar awal....dapatlah save Company money. Begitu berwawasan dan prihatin aku kan??

Anyway, umah baru aku...errr bukanlah umah kira aparment la....terletak kat KUMHO Intercontinental......dan aku cuma ambik studio apartment. OKlah aku rasa untuk sorang tak payahlah nak umah besar bagai.....at least aku dapat save dalam USD600 sebulan dari umah Avalon ari tu.

So, buat kenangan aku, meh aku paparkan gambar2 umah lama aku dan yang apartment baru aku sekarang. Saksikanlah!!!!!!

The Avalon - Apartment lamaku


Nilah bangunan nya - 25 tingkat


The swimming pool - macam aquarium

Main entrance

Hallway @ main lobby


Aku kat depan main entrance (inside)


Penuh ngan kotak masa nak pindah

Ni plak gambor2 yang aku snap kat apartment baru aku kat KUMHO tu. A simple place but very cozy and modern kentemporari design gitu!! I really like!!


Bathtubku - tah bila nak pakai!

My only bedroom

My Ihome - tempat letak Ipod

My closet

My kitchen - island style

My LCD



My living hall

From my bathroom

My bathroom

My balcony

Taken from balcony

So, kesimpulannya, walaupun apartment baru aku ni studio apartment 1 bedroom je, tapi disebabkan interiornya yang amat cozy, aku suka lebihlah dari Avalon ari tu. Dan yang paling best, kat apartment ni totally wireless free....senang aku nak bertenet. Dan yang paling penting, aku dapat tolong Company aku save money.

You all suka tak apartment baru kawan nih? Hehehehehe.....saje je tanya!!!